Blogger Layouts

Saturday, 9 November 2013

Deir Yassin

Ahlan Wahsahlan yah Habibi yah Habibahhhh sekaliannn..
...Alhamdulilah ..

rindunya ngan blog ne...
sekali tengok last update 17 ramadhan.,,
wahhh... lama udah ne..
agak berusang dan sepii..
rindu nak baca blog-blog fav..
huhu,,
terlalu sibuk mengalahkan doktor.. ^_^

harap semua hamba-Nya yg sedang membaca menjadi penghuni syurga semoga kita dipertemukan syurga...
Wahhh,, macam best jeeer..
hmmm...memamg best dan cofrim sngt best 
takda penyesalan..

Ohh..Syurga...

Allahuakbar




ana, nak share peristiwa Deir Yassin mungkin ada yang tahu dan mungj=kin ada yang belum tahu ..
hmm ..sadis..

takpa atleast enti/anta da tahu skrang.

sumberhttp://www.aqsasyarif.org.my
boleh klik kat sini  Deir Yassin 

Tarikh 9 April akan sentiasa terpahat di hati rakyat Palestin sebagai tragedi pilu yang masih dirasai sehingga kini. Meskipun tragedi dahsyat itu sudah berlalu 63 tahun yang lalu, ia tetap menghantui rakyat Palestin dan sesiapa sahaja yang punya rasa kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pada dinihari sekitar 4.30 pagi Jumaat 9 April 1948, kumpulan pengganas zionis Haganah membariskan 33 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan. Hanya seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ketika itu hidup untuk menceritakan pengalaman ngeri yang disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Terselamat kerana dilindungi oleh mayat-mayat ahli keluarganya, beliau melihat sendiri bagaimana adik perempuannya yang berusia 4 tahun bersepai kepalanya ditembak oleh pengganas-pengganas tersebut.



Itulah dia tragedi Deir Yassin yang akan kekal ditulis dengan tinta darah. Peristiwa yang amat dahsyat ini dilakukan oleh sekelompok manusia yang mendakwa mereka diseksa dengan kejam oleh Nazi di kem-kem Auswitch, Bergen-Belsen dan Dachau. Ternyata kezaliman dan tindakan yang tidak akan dilakukan oleh haiwan sekalipun membuktikan bahawa pendukong zionis hanya berselindung disebalik penderitaan mereka untuk melakukan perbuatan yang jauh lebih keji dari apa yang mereka alami. Peristiwa Deir Yassin menyaksikan bagaimana tahap kemanusiaan sudah jatuh ke tahap yang amat keji sehingga tidak mungkin dibayangkan oleh sesiapa yang masih waras akal fikirannya.

Cukuplah apa yang didedahkan oleh beberapa orang yang terselamat kerana terlindung di sebalik tumpukan mayat dan timbunan batu dan kayu yang menyaksikan bagaimana wanita-wanita hamil dirodok perut mereka dan dikeluarkan janinnya. Semua ke 25 orang ibu yang mengandung dipaksa melihat bagaimana bayi yang mereka kandung dikerat sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Kanak-kanak pula dipancung di hadapan ibu-ibu mereka. Seramai 52 orang kanak-kanak dibunuh secara kejam begini. Ternyata perbuatan amat biadap ini sengaja dirancang untuk menimbulkan ketakutan yang mencengkam di sanubari rakyat Palestin supaya mereka segera meninggalkan tanah air mereka demi keselamatan diri dan keluarga.

Siri-siri pembunuhan beramai-ramai ini telah berlaku di banyak tempat sebelum Deir Yassin, namun sebagai umat yang bermaruah, rakyat Palestin sama-sekali tidak akan menyerah kalah. Mereka tetap bertahan dan mempertahankan kampong halaman mereka meski terpaksa berhadapan dengan kumpulan pengganas Zionis yang disokong oleh Bangsa-bangsa Bersatu, British dan negera-negara Eropah. Bantuan kewangan dan senjata terus dinikmati oleh tiga kumpulan pengganas yahudi seperti Irgun, Haganah dan Stern gang. Menjelang November 1974 apabila pelan pemisahan (partition plan) dilaksanakan oleh PBB melalui resolusi 181, pengganas-pengganas yahudi sudah memiliki 16,000 senjata api ringan, 1000 mesin gun dan 750 mortas. Dengan pelbagai senjata ini mereka menceroboh kampong halaman rakyat Palestin di Qilqiya, Nablus, Akka, Tulkarem, Beersheba, Baisan, Haifa dan Yaffa. Kemuncaknya ialah pembunuhan yang berlaku di Dier Yassin pada 9 April 1948.

Tindakan biadap kumpulan Haganah disempurnakan oleh Irgun yang dipimpin oleh tak lain dan tak bukan Menachem Begin. Dia bersama rakan-rakan remajanya, lelaki dan perempuan melakukan ‘operasi pembersihan’ ke atas Deir Yassin. Para doctor dari Persatuan Palang Merah menyaksikan bagaimana para remaja ini memastikan tidak ada yang hidup dengan membunuh sesiapa sahaja yang masih bergerak dengan sub mesin gun, bayonet dan pisau. Cara pembunuhan mereka tidak pernah dilakukan di dalam sejarah iaitu dengan meniris mangsa dari hujung kepala ke hujung kaki dan membiarkan mereka mati dengan penuh seksa.

Menachem Begin kemudiannya diangkat menjadi Perdana Menteri Israel dan dijulang sebagai pejuang kemanan dunia yang dianugerahkan hadial nobel untuk keamanan. Anugerah berprestij ini dikongsi bersama Anwar sadat hasil dari perjanjian damai Camp David pada tahun 1978 di antara Mesir dan Negara haram Israel. Satu perjanjian yang menyaksikan Anwar Sadat dihina di seluruh dunia dengan mengiktiraf Israel dan ditempelak oleh Menachem Begin dengan ucapan biadapnya ‘Selamat datang ke Jerusalem, ibu negara abadi Israel’. Perjanjian inilah yang telah menggadaikan maruah umat Islam dan rakyat Mesir. Mesir yang sebelum itu merupakan satu-satunya negara Arab yang mempunyai kekuatan yang standing dengan Israel bertukar menjadi kambing yang dikebirikan. Sejak tahun 1978 hingga tumbangnya Hosni Mubarak pada bulan Februari 2011, Mesir diberikan kepercayaan penuh oleh Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan Israel sentiasa dipelihara.

Tragedi Deir Yassin adalah symbol berdirinya Negara haram Israel di atas darah rakyat Palestin yang tumpah membasahi bumi. Menachem Begin di dalam bukunya ‘The Revolt’ dengan bangganya mengatakan

“Tanpa apa yang dilakukan di deir Yassin maka tidak akan wujud negara Israel." Dia menambah, "ketika Haganah menjalankan beberapa operasi yang Berjaya di medan-medan lain… orang-orang Arab menyelamatkan diri mereka dengan disertai panic sambil menjerit ketakutan ‘Deir Yassin!’

Menachem Begin dan semua pepimpin Israel yang dijulang sebagai negarawan dan pejuang keamanan dunia seperti Arial Sharon dan Shemon Peres adalah remaja-remaja bersenjata yang membunuh rakyat palestin tanpa sedikitpun merasa bersalah. Kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 yang menyaksikan lebih 3,000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Arial Sharon adalah bukti jelas bahawa‘modus operandi’ mereka tidak akan berubah. Inilah pendekatan yang masih digunakan oleh Israel di Gaza, Nablus, Ramallah, Jenin, Baitul maqdis dan al-Khalil bagi mengekalkan pendudukan, pengepungan dan penghinaan ke atas Masjid al-Aqsa. Bagi mereka nyawa rakyat Palestin tidak punya harga dan mereka akan hapuskan seramai mana rakyat palestin yang diperlukan bagi memastikan Negara haram Israel terus kekal dan lestari.

Aqsa Syarif mengajak umat islam dan rakyat Malaysia sempena ulang tahun tragedy pembunuhan Deir Yassin supaya memperbaharui tekad dan keazaman untuk membela rakyat Ralestin dan berjuang berganding bahu untuk memerdekakan rakyat dan bumi Palestin yang terjajah.

:Luka Deir yassin masih berdarah meski sudah berlalu 63 tahun. Satu-satunya jalan untuk menyembuhkan luka yang amat pedih yang ditanggung oleh rakyat Palestin ini ialah dengan berjuang untuk mengembalikan maruah saudara kita di Palestin.

Ayuh! Bersama Aqsa Syarif mempergiat usaha untuk membantu perjuangan pembebasan Palestin.



Thursday, 25 July 2013

Ramadan yg ke 17 da..!!!

asalamualaikum...semuanya!!!!

ya Allah, begitu cepat masa itu berlalu... hanya tinggal 14hari jak lagi tinggal...Allahurabbi,.. 
Amalan pun cukup lagi...

Ya Ramadhan... semoga ramadhan ini membawa sesuatu yang cukup manis pada diri kita semua
Amin..

_Tiada Tuhan melainkan Allah SWT_

Terima kasih atas segalanya...:)

Saturday, 13 July 2013

No Preparation..!!!

Asalamualaikum....

salam ramadan semua muslimin n muslimat...


ne nak bagi tips...

kalau kita wat presentation whether it is acting, power point or anyyyyy...types lahh..

kalau xda persediaan jgn bermimpi pembentangan itu SUKSESS...uhuhu..

so make preparation before mak any presentation...okay..

Tatatata..

#mood agak kecewa...

tapi bak kata Madam Hairani (Teacher wit integriti), saya tersenyum mendengar dan InsyaAllah
I will do My Best for next presentation... ***___***


Saturday, 29 June 2013

Aslamualaikum wbt... 

Alhamdulilah, lama udah tidak tulis apa2 kat MyBlog ne.wheww
Sekarang ne dalam, masi dlm mentarbiyaahkan diri ini.
banyak sngt benda yg nak diperbaiki dalam diri ini..

korang semua pa kabar..
^_^

tak lama lagi nak bulan Ramadan..yeaahhh
tak sabar nak menanti.
korang semua jaga diri n persiapkan diri..


SeLaMaT BerPuAsA SeMuA..



Tuesday, 29 January 2013

Sayang Rasulullah s.a.w

aslamualaikum..

alhamdulilah...ada masa gak ,,,mw mnaip..hehehehe

salam maulidur rasul,..walaupn agak kelewatan..^_^
yah..ne thn sy ikut perarakan tuk kali kedua !!,,,..Alhamdullh, semuanya brjalan lancar..
n 94 atau 34(tak pasti, ) kontijen yg bertnding..
Cuma,, yg terdetik dalam diri ne..kita sambut brthdy Nabi Muhammad saw ..adakah kita kenal?Adakah kita mencintainya?.kita ikhlaskah?kita follow ke sunnah nya? @tau menyambut kerana skadar kebiasaan bab umat islm sambut maulidur rasul ne...(huhu,,terbelit2x ayat ne...nda apalah kalau nda faham..^_^)


BTW...tis is pictre around majls perarakan ...






















Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w merupakan nikmat dan rahmat Allah SWT kepada sekelian alam. Ini kerana usaha yang Baginda laksanakan, dakwah yang disampaikan dan rintangan yang dilalui maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam hingga ke hari ini. Begitu juga dengan warisan al-Quran dan al-Sunah yang ditinggalkan maka dengan keduanya manusia terselamat daripada hidup dalam kegelapan kepada cahaya kebenaran.

Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi ibu bapanya, anaknya, dan seluruh manusia yang lainnya”. (Riwayat al-Bukhari)

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w dengan mematuhi segala suruhan dan tegahan Baginda adalah termasuk tuntutan mencintai Allah SWT. Melalui cinta dari Allah SWT maka segala dosa-dosa akan diampunkan.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 31:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. (Ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.




















































okk..okk.okk... 
tu jak...yg blh dkongsi..^_^


sebelum, mengundurkan diri...mai kita share apa yg dpelajari hari ini..



hari ne, lecturer ada pesan "u must plan your life"-(En.Amir)......
yahh,, kalau nak jadi caliph yg tdk mensia-sia kan idup nya kita msti ada plan..
InsyaAllah sama2x kita follow pesanan itu..




Sunday, 20 January 2013

ukhuwah.

^_^

Ukhuwah itu indah jika terjalin kerana Allah.

Ingatlah firman Allah SWT:

“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” Surah Az-Zukhruf ayat 67.

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati.
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :

SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan:

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:

TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :

SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :

“SAHABAT”

Saturday, 19 January 2013

weird..

Aslamualaikum.... 



nmpak apa2x tak pada si pokok yg tumbh seorg2x tu..??

hmm..tu lah yg mo dsampaikan ne..berkait sedikit ngan c pokok hijau yg menyendiri itu..

"Apabila yang buruk diamalkan secara meluas dan berterusan, terasa pula yang baik itu semacam kejanggalan. Akhirnya yang baik nampak buruk, yang buruk nampak baik."



tu lah hakikat dn realiti hidup dzaman ne.. k lah kita ambik cntoh yg paling top ..iaitu isu couple..
fuhyooo...Couple beb,!!!!!!!!,awk xdda Couple??..apa awk single???..
yupp..jadi bila yg sorg ada kapel,, yg si kwn pun nak jugak ..tak mw ktnggalan ...nnti dickp xlaku, kolotlah, 
aiyahhh...Amoi..
pleaz lah..tak kan lah just nak tunjukkan kpd owg ramai yg awk ada pakwa yg cun melecun...
sperti Nora Danish,.Gun Jun Pyo..
peweeet...deabak..
xperlulah..
Allah swt tlh berikan manusia itu banyak nikmat antaranya AKAL, jd kita gunakan nya sebaik-baiknya utk berfikir dan berfikir atas kesemua perintah, hikmah n khebatan di dunia ini..okkk,.

weii,,bnyk g cntoh yg len oky,,.sprti berfesyen..amboi..kalau kak liot pakai pesyen tudng brsnggul tnggi n singkat (brgaya kunun)..maka c kak libai pun mo jua ikut..tp xfikir..yg dikut itu salah dari cara menutup aurat..nmpk dada, sanggul tinggi, tudung jarang smpai nmpk tengkuk.. hmmm..yg kita tw..msti cntik n bergaya..

mana yang penting mendapat redha Allah swt atau pun pujian dr org2 tapi dlaknat olh Allah swt..
nauzubillah..

berfesyn2x jugak..tapi jgn melebih sngt...yahh..
kalau nak berfeysn xperlu dikut cara org barat bergaya..
kerana itu perbuatan yang salah..


bah...nda payah lah bnyk2x mo dtegur..
bnyk tul salah silap kita semua..

yahhh...kita akan rasa terasing / terpinggir pabila sesuatu perkara itu kita seorg jah xbuat..
but..u must ingt Allah selalu ada..yeahhh..
sesungguhnya Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yg bermaksud : 
"Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. maka, berbahagialah untuk org yang terasing."
(Riwayat Muslim)






Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis..
!!!!!!



Saturday, 12 January 2013

Berus GiGi

salam..semuanya...!!!

hairan lak...tetiba nak post..psal berus gigi...

cikgu tanya apa guna berus gigi?
murid A menjawab tuk putihkan gigi,murid B, supayah gigi tak sakit, dan murid c jawab tuk memberus gigi...
hihihi...pandai anak2x muridku..:)

       












mai cni, nak kongsi...rasanya ramai yg taw..!!!!..kalau nak gigi yg sihat berus lah 3x skali..yuppp ..banar tu..



tapi kalau mw gigi lbh sihat..berus gigi tiap2x sebelum nak solat..
so, selain jaga gigi. kita dan lakukan satu sunnah Nabi Muhammad saw..

ramai yang kata "saya sayang Nabi Muhammad saw",,,...tapi,  nak wat sunnah yang kecil pun susah ...betul ke??? tepuk dada tanya iman mu..^_^


testing2x ..

Alhamdulilah... kita masi dberi keberkatan untuk berkeliaran dibumi Allah swt ini., berkeliaran tuk apa??? yah tuk mendapatkan tiket ke akhirat..!! tiket apa??? tiket kesemua amal ibadat kita sepanjng hidup ni..^_^


dengan perancanganNya yg sempurna,..akhirnya saya da masuk ke degree course...PISMP dlm kursus PBKPR..

huhu...lama da xpost kat blOg ne...motif post kali ne..apa yeh?? yappp..just want to testing2x di tahun baru 2013 ne..

Harap tahun ne lebih baik daripada tahun sebelum ne...Amin..